Gol akrobatik Giroud tumpaskan Atletico - Utusan Malaysia

Gol akrobatik Giroud tumpaskan Atletico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUCHAREST: Sepakan gunting Olivier Giroud membantu Chelsea menundukkan pendahulu La Liga, Atletico Madrid 1-0 dalam aksi pertama, pusingan 16 terbaik hari ini.

Gol akrobatik Giroud itu pada awalnya dibatalkan kerana ofsaid, namun semakan video bantuan pengadil (VAR) mendapati Mario Hermoso adalah pemain terakhir menyentuh bola, sekali gus menyukarkan misi Atletico untuk melangkah ke suku akhir.

“Saya tidak terlalu memikirkan mengenai jaringan itu, sebaliknya hanya mahu meledak gol.

“Saya suka jaringan seperti itu dan gembira melihat bola masuk ke gawang lawan. Saya tidak terfikir mengenai ofsaid atau sebaliknya,” kata Giroud.

Skuad bimbingan Diego Simeone sekali lagi mempamer permainan bertahan yang menyebabkan benteng mereka sukar untuk ditembusi.

Begitupun Giroud akhirnya berjaya membolosi gawang kelab Sepanyol itu untuk memberi bekalan buat Chelsea apabila menyambut Atletico dalam aksi timbal balik di London, 17 Mac depan.

Chelsea melepasi ujian terbesar mereka sejak Thomas Tuchel membimbing kelab itu bulan lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.