Bukan RM300,000 tapi RM2 juta untuk anjur liga hoki - Utusan Malaysia

Bukan RM300,000 tapi RM2 juta untuk anjur liga hoki

SUBAHAN KAMAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) komited dalam menjayakan penganjuran Liga Hoki Malaysia (MHL) 2021 walaupun kosnya boleh mencecah RM2 juta.

Presidennya, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, peningkatan kos berlaku kerana perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, termasuk konsep gelembung sukan sepanjang saingan berlangsung dari 11 Mac hingga 3 April .

“Saya rasa angka RM300,000 itu tidak betul, bayangkan nak bagi tidur hotel, makan minum, pengangkutan, semua perlu dijaga serapi-rapinya bagi menunjukkan kita yang terbaik. Kita akan buat apa saja yang kerajaan minta (untuk membuktikan) kita boleh anjurkan liga dengan jaya, tanpa sebarang masalah, dan kita boleh jadi model peranan bagi mana-mana sukan di negara ini.

“Mungkin makan belanja RM2 juta…Kita terpaksa bertungkus-lumus untuk cari penaja seperti penginapan, selain bantuan besar daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB). Macam mana sekali pun, ia (MHL) akan berlangsung pada Mac ini,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman Pusat Latihan Program Khas Akar Umbi di Stadium Hoki Nasional hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan KHM Datuk Seri Anil Jeet Singh berkata, kos bagi gelembung MHL untuk menempatkan kira-kira 600 orang di penginapan yang disediakan dianggarkan sekitar RM300,000.

Subahan juga yakin pihak Kementerian Pendidikan (KPM) akan memberi pelepasan kepada pemain berstatus pelajar untuk menyertai MHL kali ini di sebalik kerisauan mengenai pandemik Covid-19.

“Insya- Allah kita akan maklumkan dalam masa terdekat (mengenai persetujuan KPM), tapi saya rasa tak ada masalah kerana KPM pun rakan kongsi kita bersama-sama MSN (Majlis Sukan Negara),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya