Adi Putra duta kelab bola - Utusan Malaysia

Adi Putra duta kelab bola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kuala Kangsar FC (KK FC) yang akan menyertai Liga M3 2021 Jun nanti teruja apabila pelakon terkenal, Datuk Adi Putra bersetuju menjadi dutanya.

Ketua  Pegawai Eksekutif KK FC, Abdul Aziz Yeop  Jamaluddin memberitahu, Adi Putra juga akan menaja KK FC.

“KK FC berbangga kerana seorang selebriti sudi menjadi penaja serta duta pasukan. Semuga kehadirannya mampu menarik sokongan peminat terhadap pasukan, ” katanya di sini hari ini.

Menurut Abdul Aziz, penubuhan pasukan KK FC adalah hasil penganjuran Liga Tempatan oleh Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Kangsar.

“Kini kami mahu selangkah lagi dengan menyertai Liga M3 2021. Saya yakin kami mampu memberi saingan jika dapat menurunkan barisan berwibawa,” katanya.

Abdul Aziz yang juga Naib Presiden II Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) berkata, sasaran pasukan itu ialah untuk memberi saingan kepada pencabar lain.

Katanya pemilihan pemain akan dibuat hujung minggu ini di Stadium Mini Kuala Kangsar mulai pukul 7.30 pagi.

Bekas pemain negeri, Syazwan Mohd. Noor telah dilantik sebagai ketua jurulatih KK FC.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya