fbpx

17 Januari 2021, 8:21 pm

  TERKINI

Liga Hoki Malaysia ditunda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Liga Hoki Malaysia (MHL) yang dijadual bermula Khamis ini ditunda ke Julai atau Ogos, umum Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) hari ini.

Perkara itu diumum Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan, Datuk Seri Anil Jeet Singh dalam sidang akhbar di sini, sebentar tadi.

“Selepas berbincang dengan ahli jawatankuasa, pengurus pasukan secara maya dan memberitahu presiden (Datuk Seri Subahan Kamal), kita akan tunda MHL ke bulan Julai atau Ogos,” katanya.

Semalam kerajaan kembali melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu di enam buah negeri bermula esok berikutan jumlah kes Covid-19 yang semakin meningkat.

Sehubungan dengan itu MHC mengambil keputusan untuk menunda MHL yang sepatutnya membuka tirai pada Khamis hingga 20 Februari, sementara saingan wanita pada 20 Januari hingga 20 Februari.