Khabib cair dengan pujukan Dana? - Utusan Malaysia

Khabib cair dengan pujukan Dana?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABU DHABI: Tiga bulan selepas mengumumkan persaraan, Khabib Nurmagomedov mungkin membuat pusingan-U apabila bertemu Presiden Ultimate Fighting Championship (UFC), Dana White semalam.

Juara lightweight dunia itu bertemu White ketika menonton pertarungan pertunjukan baharu, UAE Warriors di Abu Dhabi.

White berkongsi video pertemuan tersebut dalam media sosial bersama kapsyen ‘ini pasukan Khabib’.

Khabib, 32, berundur daripada sukan tempur Oktober lalu selepas menumpaskan Justin Gaethje dalam pertarungan UFC 254.

Persaraannya mengejutkan dunia, namun Khabib menegaskan, dia tidak boleh bertarung selepas kematian bapa, Abdulmanap Nurmagomedov akibat komplikasi yang di sebabkan oleh Covid-19, Julai lalu.

Bagaimanapun White yakin dapat memujuk bintang seni bela diri campuran (MMA) Rusia itu untuk kembali ke gelanggang.

“Saya bertemu dengannya kerana saya rasa dia harus terus berjuang. Lihatlah apa yang dia lakukan kepada Justin Gaethje.

“Lihat saja kehebatannya ketika menentang lawan. Saya fikir dia perlu bertarung dan akan memujuknya, sekurang-kurangnya
untuk satu lagi pertarungan,” kata White kepada ESPN.

Khabib sebelum ini berkata, dia sudah berjanji kepada ibunya untuk berhenti bertarung.

Dalam pada itu, jurulatih Khabib, Javier Mendez yakin White mampu memujuk anak didiknya jika mengemukakan tawaran menarik.

“Saya rasa Dana akan beri tawaran yang cukup lumayan sehingga tidak dapat ditolak. Berapa kali Dana gagal melakukan sesuatu yang dia mahukan? tidak banyak kerana dia akan memperolehi apa yang dikatakannya.

“Dia masih muda dan saya ingin mendengar dia (Khabib) mengatakan mari kita mulakan latihan, tolong bantu saya,” kata Mendez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya