'Bukan salah saya Manchester United dapat banyak penalti' - Utusan Malaysia

‘Bukan salah saya Manchester United dapat banyak penalti’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jurgen Klopp menghangatkan keadaan menjelang pertemuan dengan musuh ketat, Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris 17 Januari depan apabila membandingkan rekod sepakan penalti yang diperoleh Red Devils.

Liverpool dinafikan dua sepakan penalti ketika tewas 1-0 kepada Southampton pagi tadi.

Gol cantik bekas penyerang mereka, Danny Ings seawal minit kedua menamatkan rekod tanpa kalah Reds dan menyaksikan juara bertahan itu gagal memenangi tiga aksi terakhir.

Klopp berang pengadil, Andre Marriner tidak memberi sepakan penalti dalam dua situasi yang dianggap amat jelas.

JURGEN Klopp percaya Sadio Mane dijatuhkan pemain lawan dalam kotak penalti.

Pertama Sadio Mane dijatuhkan oleh Kyle Walker-Peters dalam kawasan penalti, dan kedua Jack Stephens menggunakan tangan ketika menghadang bola rembatan Georginio Wijnaldum.

Liverpool masih mengungguli liga dengan kelebihan jaringan ke atas United, namun musuh mereka memiliki satu kelebihan perlawanan dalam tangan.

BOLA rembatan Georginio Wijnaldum terkena tangan Jack Stephens.

“Kalau ada sesiapa mengatakan Sadio Mane sengaja merebahkan badan, ia adalah lawak terbesar di dunia. Pemain ini sedaya upaya cuba untuk tidak jatuh.

“Dalam dua situasi ini…pasukan-pasukan lain pasti diberikan penalti. Bola terkena tangan, siapa yang boleh jelaskan kepada saya?,” katanya kepada Sky Sports.

Bercakap dalam sidang akhbar, Klopp berkata, mereka berulang kali melihat insiden Mane dan ia jelas penalti tetapi dinafikan oleh pengadil.

“Saya pergi ke pegawai keempat dan bertanya apakah dia tidak mahu periksa (rakaman video), dia kata sudah dilakukan. Secepat itu? Dari sudut mana mereka melihat,” katanya.

Ketika ditanya mengapa United lebih mudah mendapat sepakan penalti berbanding Liverpool atau pasukan lain, Klopp membalas: “Kami tidak boleh ubah.

“Saya dengar sepakan penalti yang diterima Manchester United dalam tempoh dua tahun lebih banyak daripada apa yang kami terima sepanjang lima tahun setengah saya di sini.

“Saya tidak fikir itu salah saya dan saya tidak tahu bagaimana ia boleh berlaku.

“Apa pun ia bukan alasan atas prestasi pasukan. Kami tidak boleh merubah apa-apa, kami kena hormat keputusan, perbaiki permainan dan kekal fokus.”

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya