Ahmad Faizal letak jawatan Presiden Pafa - Utusan Malaysia

Ahmad Faizal letak jawatan Presiden Pafa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) kehilangan dua tokoh, sekali gus apabila Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Datuk Adly Shah Ahmad Tah meletak jawatan serta merta.

Ahmad Faizal adalah Presiden manakala Adly Shah merupakan Timbalan Presiden badan induk bola sepak Perak itu.

Kedua-dua pegawai tinggi Pafa itu mengumumkan peletakan jawatan mereka dalam sidang akhbar di sebuah hotel terkemuka di Meru Raya di sini hari ini.

ADLY SHAH AHMAD TAH

Ahmad Faizal atau lebih dikenali sebagai Peja mengambil tindakan drastik itu berikutan ura-ura bahawa kerajaan negeri enggan memberi bantuan dana selagi dia masih sebagai Presiden.

Beliau mengakui Persatuan itu sedang menghadapi masalah kewangan menyebabkan gaji pemain dan pegawai tertunggak selama lebih sebulan setengah.

“Pafa hanya membayar setengah bulan gaji bulan November kepada pemain dan pegawai.

“Saya ingat dapat menyelesaikannya dalam bulan Disember kerana sebelum ini kerajaan negeri bersetuju untuk membantu serta tiada halangan saya terus menerajui Pafa.

“Namun nampaknya ada perkembangan baru dan saya dengar khabar angin Menteri Besar tidak mahu menyalur dana.

“Saya kasihankan pemain dan pegawai yang tidak mendapat gaji. Oleh yang demikian elok saya letak jawatan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya