fbpx

Aaron, Wooi Yik cemerlang hari pertama

AARON Chia (kiri) dan Soh Wooi Yik melepasi halangan pertama Jelajah Dunia Akhir BWF di Bangkok hari ini.

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki No. 1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik membuka kempen badminton Jelajah Dunia Akhir dengan cemerlang apabila menumpaskan pasangan No. 8 dunia, Choi Solgyu-Seo Seung Jae dalam perlawanan sulung Kumpulan B di Bangkok sebentar tadi.

Pasangan No. 9 dunia itu hanya mengambil masa 38 minit untuk menang 21-14, 21-19 ke atas pasangan Korea Selatan tersebut.

“Kemenangan pertama dalam peringkat kumpulan memberi keyakinan kepada kami untuk menghadapi dua perlawanan seterusnya.

“Kami gembira dengan prestasi yang ditunjukkan hari ini,” kata Aaron.

Aaron-Wooi Yik kini akan berdepan pasangan Rusia, Vladimir Ivanov-Ivan Sozonov dalam perlawanan kedua esok, sebelum menentang gandingan berpengalaman Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan. – AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN