Watanabe perkuat Terengganu FC II - Utusan Malaysia

Watanabe perkuat Terengganu FC II

MASAKI WATANABE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Bekas pemain import Kelantan, Masaki Watanabe bakal meneruskan kariernya di Malaysia bersama Terengganu FC II (TFC II).

Watanabi yang menjalani latihan sejak tiga hari lalu dilihat berpeluang menyarung jersi, sekali gus memperkuatkan bahagian tengah pasukan Liga Perdana itu.

Menurut sumber, pemain kelahiran Jepun itu kini sedang dinilai barisan jurulatih diketuai pengendali baharu, Badrul Afzan Razali dalam sesi latihan.

“Sama ada dipilih atau tidak, semuanya bergantung kepada ketua jurulatih yang akan menimbang banyak aspek antaranya rekod kecederaan

“Kemampuan Watanabe beraksi di posisi tengah dan pertahanan mungkin menjadi tarikan terbaik,” kata sumber itu kepada Mingguan Malaysia semalam.

Menurut sumber, TFC II akan membuat keputusan dalam masa terdekat berhubung nasib Watanabe yang pernah beraksi untuk Felda United.

Kehadiran pemain berusia 34 tahun itu bakal melengkapkan skuad Terengganu FC II yang mengekalkan khidmat bek tengah, Argzim Redzovic dan penyerang, Jordan Mintah.

Terengganu FC II di bawah bimbingan Roshadi Wahab musim ini menamatkan Liga Perdana sebagai naib juara di belakang Pulau Pinang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya