Terengganu FC intai kerjasama dengan Lisbon - Utusan Malaysia

Terengganu FC intai kerjasama dengan Lisbon

CRISTIANO Ronaldo (tengah), Helder Postiga (kiri) dan Costinha antara bintang yang pernah dilahirkan Sporting Lisbon. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Terengganu FC serius untuk menjalin kerjasama dengan juara Portugal 18 kali, Sporting Lisbon dalam usaha memperkasakan lagi pasukan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim berkata, pertemuan telah dibuat dengan kelab yang melahirkan ramai legenda seperti Luis Figo dan Cristiano Ronaldo tahun ini.

Namun, katanya, perbincangan awal itu gagal mencapai kata sepakat berikutan faktor masa di samping situasi semasa pandemik Covid-19.

“Kita sudah bercakap tentang hal ini dengan wakil Sporting Lisbon beberapa bulan lalu dan kedua-dua pasukan teruja untuk bekerjasama dalam pelbagai aspek.

“Antaranya termasuk perkongsian ilmu, kepakaran jurulatih, sains sukan dan pemasaran tetapi disebabkan kesuntukan masa dan pandemik, tiada perbincangan lanjut dilakukan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Hishamuddin, PBSNT sedia kembali ke meja rundingan tahun depan sekiranya keadaan mengizinkan.

Katanya, selain kelab gergasi Eropah itu, pihaknya turut melihat peluang untuk bekerjasama dengan kelab Croatia di bawah bimbingan bekas jurulatih T-Team, Tomislav Steinbruckner.

Dalam perkembangan lain, Hishamuddin mengesahkan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Zainal Abidin (Unisza) bakal menjadi rakan strategik kepada Terengganu FC Sdn. Bhd., bermula tahun depan.

“Kedua-dua universiti akan berkongsi kepakaran dalam bidang perniagaan dan sains sukan sekali gus membantu peningkatan pasukan TFC,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.