Safiq ucap selamat tinggal - Utusan Malaysia

Safiq ucap selamat tinggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Zainal kekal Ketua Jurulatih Melaka

MELAKA: Zainal Abidin Hassan kekal sebagai Ketua Jurulatih Melaka United, namun bekas kapten Harimau Malaysia, Safiq Rahim mengucapkan selamat tinggal selepas kontraknya tidak disambung.

Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) dalam sidang akhbar hari ini turut Muhammad Akram Abdullah kekal sebagai pengurus dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) 2021, manakala Al-Ikhsan Sports menjadi penaja utama.

Timbalan Presiden MUSA, Datuk Wira Mohd. Yusoff Mahadi berkata, keputusan melanjutkan kontrak Zainal Abidin dibuat kerana yakin dengan kemampuan bekas tonggak kebangsaan itu.

“Pelantikan semula itu dilihat sebagai cabaran buat Zainal untuk meletakkan kejayaan buat pasukan walaupun skuad tidak menetapkan sasaran terlalu tinggi buat pengendali terbabit,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

SIDANG akhbar pengumuman skuad Melaka United bagi menghadapi Liga M 2021.

Dalam pada itu, Mohd. Yusoff turut mengumumkan pelantikan Datuk Mohd. Saiful Mat Sapri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MUFC.

“Beberapa pemain MUFC juga akan dikekalkan manakala selebihnya tidak disambung kontrak termasuk bekas pemain kebangsaan Safiq Rahim.

“Kita akan membawa masuk beberapa pemain berpengalaman bagi mengisi kekosongan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya