Safawi main tak malam ini? - Utusan Malaysia

Safawi main tak malam ini?

SAFAWI RASID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tumpuan peminat bola sepak tanah air sekali lagi tertumpu ke Portugal apabila Portimonense bertandang ke Vitoria SC dalam aksi Liga Primeira pada pukul 11.30 malam ini.

Tentunya, kedudukan bintang Harimau Malaya, Safawi Rasid menjadi perhatian utama. Apakah dia akhirnya diturunkan atau terus memanaskan bangku simpanan seperti perlawanan-perlawanan sebelum ini.

Facebook rasmi Portimonense sudah ‘dihujani’ komen peminat bola sepak Malaysia sejak pagi tadi. Ramai yang minta pengendali pasukan, Paulo Sergio memberi peluang kepada Safawi untuk membuktikan kehebatan.

Sejak tiba di Portugal awal Oktober lalu, pemain berusia 23 tahun itu belum diberi peluang beraksi bersama skuad utama biarpun sekali sedangkan dia hanya dipinjamkan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi tempoh yang singkat iaitu semusim.

Ramai yang percaya, Safawi sebenarnya mampu menonjol di Eropah kalau diberi peluang. Jika dia tidak hebat masakan dia dinobat sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia dua musim berturut-turut.

Selepas dua kali membawa perlawanan Portimonense secara langsung, Astro Arena tidak akan menyiarkan pertemuan hari ini.

Selepas dua bulan berada di Portugal, Safawi hanya beraksi selama 56 minit bersama pasukan bawah 23 tahun Portimonense menentang Sporting Lisbon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya