'Rajuk' Keon tak lama - bapa - Utusan Malaysia

‘Rajuk’ Keon tak lama – bapa

KHAIRUL Idham Pawi (kanan) bersama bapanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Gajah, Pasir Salak, Perak semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Kehadiran rakan-rakan kampung yang memberi semangat sebaik sahaja Khairul Idham Pawi tiba di Kampung Gajah kelmarin, selain sokongan tidak berbelah bahagi keluarga mungkin merubah fikiran pelumba Moto3 negara itu daripada bersara awal.

Bapa Khairul, Pawi Omar percaya, hasrat anaknya untuk meninggalkan sukan permotoran tidak akan kekal lama, malah beliau yakin Khairul pasti kembali berlumba apabila mendapat pe­luang serta tawaran tepat.

Kelmarin, Khairul atau lebih dikenali dengan nama litar, KIP menyuarakan hasrat berundur daripada sukan permotoran untuk menjadi penternak lembu kerana kecewa dengan prestasi dalam saingan Moto3 musim ini.

Gagal mengutip sebarang mata dalam 15 perlumbaan menyebabkan kontraknya bersama pasukan Petronas Sprinta Racing tidak di­sambung dan membuatkan pelumba muda berusia 22 tahun itu amat kecewa.

“Dia anak saya, saya tahu ha­tinya. Dia tidak akan mengambil masa lama (berehat), mungkin hanya mahu tenangkan fikiran.

“Saya pasti dia akan kembali ke litar kerana motor adalah darah dagingnya,” kata Pawi yang ditemui Utusan Malaysia di rumahnya semalam.

Kata Pawi, beliau tiada hala­ngan jika anaknya mahu menjadi penternak kerana mereka memiliki lebih 300 ekor lembu, malah beliau mempunyai perancangan membesarkan kandang serta menambah jumlah ternakan.

Cuma, menjadi penternak bukan ‘jiwa’ sebenar Khairul, apatah lagi dia masih memegang status satu-satunya anak Malaysia pernah memenangi kejuaraan dalam motosikal dunia dengan muncul juara Moto3 pada Grand Prix Argentina dan Jerman 2016.

“Dia tahu, kami sudah keluarkan kos RM3 juta untuk menampung perbelanjaannya selama ini. Ia satu kerugian jika dia berhenti sekarang.

“Ia juga kerugian buat industri permotoran negara dan dirinya. Dia mengikut hati dan kecewa sehingga membuat keputusan itu.

“Tetapi semalam, sebaik sahaja dia tiba di rumah, ramai kawan-kawannya datang. Mereka semua memberi semangat, saya pasti itu akan merubah fikirannya,” kata Pawi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya