Neymar mahu kembali bersama Messi - Utusan Malaysia

Neymar mahu kembali bersama Messi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Neymar mendedahkan dia begitu terdesak untuk kembali bergabung bersama bekas rakan sepasukannya, Lionel Messi, musim hadapan.

Perkara itu sekali gus menimbulkan persoalan sama ada Messi akan ke Paris Saint-Germain (PSG), Manchester City atau Barcelona.

Bintang Brazil itu dan Messi bergandingan selama empat musim di Barcelona membentuk jentera serangan berbahaya bersama Luis Suarez.

Neymar mencipta rekod dunia dengan perpindahan bernilai 198 juta pound (RM1.07 bilion) ke PSG pada 2017 dengan Messi akan tamat kontrak pada 2021 ini.

“Saya mahu beraksi sekali lagi bersama Messi. Saya mahu bergembira di atas padang bersamanya.

“Saya yakin tahun hadapan kami boleh melakukannya semula,” katanya yang meledak dua gol ketika menewaskan Manchester United 3-1 dalam saingan Liga Juara-Juara semalam.

Kontrak Neymar di PSG akan tamat pada 2021 dan masa depannya bersama kelab Perancis itu masih belum diketahui.

City dilihat sebagai destinasi baharu Messi dengan bintang Argentina itu berminat untuk kembali bersama Pep Guardiola di Stadium Etihad.

Bagaimanapun PSG percaya, kecemerlangan Neymar di bahagian serangan akan membuka pintu keyakinan Messi untuk datang ke Parc des Princes musim hadapan.

Barcelona yang sedang berdepan kerugian jutaan ringgit kerana pandemik Covid-19 sedang berbelah bahagi untuk membawa pulang semula Neymar ke Camp Nou.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya