Mora terima pengiktirafan kerajaan Mexico - Utusan Malaysia

Mora terima pengiktirafan kerajaan Mexico

BENJAMIN Mora (kiri) menerima anugerah daripada Duta Besar Mexico ke Malaysia, Carlos Felix Corona di Johor Bahru hari ini. - IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Benjamin Mora menerima pengiktirafan daripada kerajaan Mexico atas pencapaiannya sepanjang membimbing Johor Darul Ta’zim (JDT) dan membawa imej yang baik buat negaranya.

Anugerah Kehormat Mexico (Distinguished Mexican) yang diterimanya itu menyaksikan beliau menjadi rakyat Mexico pertama menerima pengiktirafan berkenaan di Malaysia.

Menerusi satu kenyataan dalam laman Facebook rasmi JDT, anugerah itu disampaikan Kementerian Hubungan Luar Mexico menerusi Institute of Mexicans Abroad dan Kedutaan Mexico.

Upacara penyerahan anugerah itu turut dihadiri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Duta Besar Mexico ke Malaysia, Carlos Felix Corona.

Mora menyertai JDT pada tahun 2016 sebagai Ketua Jurulatih JDT II sebelum dinaikkan pangkat ke skuad senior.

Sepanjang kariernya bersama skuad Harimau Selatan, beliau telah memenangi tiga kejuaraan Liga Super dan tiga piala lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.