Misbun mahu nilai pemain remaja - Utusan Malaysia

Misbun mahu nilai pemain remaja

MISBUN Sidek (tengah) kini menggalas tugas menjaga acara perseorangan remaja.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah Pembangunan Remaja Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Misbun Sidek mahu membuat penilaian terhadap pemain dalam Kejohanan Berpasukan Campuran Remaja yang akan berlangsung selama tiga hari bermula esok.

Kejohanan yang akan berlangsung secara tertutup di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara itu akan menggunakan format 15 mata dengan 13 acara dipertandingkan melibatkan pemain pemain bawah 15 dan bawah 18 tahun.

“Penilaian yang akan merangkumi apa yang dipelajari selepas menjalani latihan di rumah semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan latihan secara kuarantin. Kejohanan ini akan jadi panduan penilaian kepada pemain-pemain.

“Saya sudah puas hati dengan tahap disiplin dan keinginan yang ada dalam pemain pemain. Saya juga mahu lihat adakah pemain pemain mampu mengadaptasi dengan modul latihan yang kita terapkan.

“Selain kecergasan, saya mahu lihat daya tahan pemain, teknikal, taktikal serta bagaimana mereka menyerap tekanan ketika berdepan situasi tidak menentu,” kata Misbun.

Kejohanan tiga hari itu menyaksikan 74 pemain dipecahkan kepada empat kumpulan, Junior Terminators, Junior Avengers, Junior Transformers dan Junior Dominators.

BAM mengambil inisiatif menganjurkan pertandingan simulasi secara tertutup selepas program kem Road To Tokyo melibatkan pemain pemain senior yang menjalani latihan secara kuarantin dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya