Lima pelumba import taruhan TSG - Utusan Malaysia

Lima pelumba import taruhan TSG

TSG dijangka mengekalkan khidmat Carlos Quintero.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Hanya lima pelumba import menjadi taruhan Terengganu Cycling Team (TSG) bagi siri perlumbaan musim 2021.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Che Ku Mohd. Izmuddin Che Ku Mahmood, jumlah itu berkurangan berbanding lapan pelumba yang mewakili TSG tahun ini.

Katanya, panel kejurulatihan diketuai Jeremy Hunt kini sedang memantau kesemua pelumba bagi menentukan barisan terbaik TSG.

“Walaupun ketua jurulatih kini berada di Australia, dia tetap mengikuti perkembangan latihan pelumba TSG di sini.

“Bagi pelumba tempatan pula, bilangannya kekal lapan orang dan mungkin ada muka baharu yang akan diumumkan semasa majlis memperkenalkan pasukan pada 10 Januari depan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Musim ini TSG diwakili pelumba import iaitu Drew Morey (Australia), Youcef Reguigui (Algeria), Choon Huat Goh (Singapura), Maral-Erdene Batmunkh (Mongolia) dan Robin Jurado (Panama).

Tiga lagi pelumba iaitu jaguh Russia, Artem Ovechkin, Carlos Quintero (Colombia) dan Metkel Ayob (Eritrea) dijangka dikekalkan.

Ketua pasukan, Zamri Salleh di samping Harrif Salleh, Shahrul Mat Amin, Amirull Fakhruddin Marzuki, Irwandie Lakasek, Afiq Huznie Othman, Wan Abdul Rahman Hamdan dan Wan Muhammad Hamizan Ifwat pula ialah lapan pelumba tempatan TSG.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya