Lilipaly tiada dalam radar Kedah - Utusan Malaysia

Lilipaly tiada dalam radar Kedah

STEFANO Lilipaly (kanan) dikaitkan dengan Kedah musim depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kedah tidak berhasrat mendapatkan khidmat pemain skuad kebangsaan Indonesia, Stefano Lilipaly bagi mengharungi Liga Malaysia dan Piala AFC pada musim depan.

Sumber dalaman pasukan mendedahkan, pemain yang dilahirkan di Belanda dan pernah membarisi skuad kebangsaan bawah 17 tahun pasukan Oranje tersebut tiada dalam perancangan jurulatih, Aidil Sharin Sahak.

Sebaliknya, usaha kini tertumpu mendapatkan kembali bekas pemain sayap Lang Merah, Mohd. Syazwan Zainon yang bersama Selangor, musim lalu.

“Memang nama Lilipaly hangat disebut-sebut di media sosial ketika ini, namun setakat ini pemain berusia 30 tahun itu tidak ada dalam perancangan pasukan untuk musim depan.

“Begitu pun cakap-cakap yang mengaitkan Syazwan Zainon dengan Kedah memang betul. Kehadiran Syazwan dilihat mampu mengukuhkan pasukan musim depan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sebelum ini, nama Lilipaly yang berkebolehan untuk bermain di jentera serangan tengah dan sayap, disebut-sebut di media sosial sebagai pengganti kepada pemain import Filipina, Amin Nazari yang tidak disambung kontraknya.

Bagaimanapun, pengalaman dimiliki Syazwan selain keserasian bersama pemain lain di Kedah pula dilihat menjadi antara faktor mengapa dirinya kembali dibawa untuk memantapkan pasukan, musim depan.

Sementara itu Aidil ketika dihubungi mengambil sikap berdiam diri ketika ditanya mengenai perancangannya dalam mempersiapkan pasukan pada musim depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.