Klopp 'OK' Liverpool seri lagi - Utusan Malaysia

Klopp ‘OK’ Liverpool seri lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jurgen Klopp menegaskan, dia tidaklah ‘terlalu kecewa’ selepas Liverpool diikat tanpa jaringan oleh Newcastle dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pagi tadi.

Ini kali kedua berturut-turut Reds keciciran mata selepas seri 1-1 dengan West Brom, tiga hari lalu.

Kecekapan penjaga gol Newcastle, Karl Darlow memusnahkan hajat Liverpool untuk mengutip mata penuh selepas mereka mencipta begitu banyak peluang.

“Saya tidak gembira dengan keputusan tetapi saya tidaklah terlalu kecewa. Ini bola sepak, kalau anda gagal menyempurnakan peluang susah hendak menang.

“Kamu boleh seri dengan persembahan hebat atau persembahan buruk. Malam ini kami seri selepas memberi aksi hebat.

“Kami cuba gagal menyudahkan peluang, tetapi saya OK dengan aksi keseluruhan pasukan,” kata Klopp.

Keputusan yang dicatatkan di St James’ Park itu bermakna penyandang juara akan memasuki 2021 dengan mendahului EPL menerusi tiga mata ke atas Manchester United.

Mohamed Salah, penjaring terbanyak liga dengan 13 gol terlepas peluang meledak  gol di kedua-dua separuh masa, walaupun hanya berdepan Darlow, manakala dua tandukan Roberto Firmino berjaya diselamatkan.

Tiga hari selepas West Brom berjaya mencuri satu mata di Anfield, anak-anak buah Jurgen Klopp, yang hanya memenangi dua daripada lapan aksi di tempat lawan musim ini, sekali lagi dikecewakan.

“Anda mesti menjangkakan saya marah dengan prestasi pasukan, namun sebenarnya saya suka aksi mereka. Ia sangat bagus. Adakah kami boleh bermain lebih baik? Ya, tapi dalam perlawanan ini kami sudah melakukan segala-galanya untuk mencatat kemenangan.

“Saya rasa kami mempunyai empat peluang yang 100 peratus boleh menghasilkan gol. Kami pernah menang ke atas Newcastle sebelum ini dengan hanya sedikit peluang. Malam ini kami tidak menang tapi kami menerimanya. Saya gembira apa yang saya lihat.

“Anak buah saya kecewa dan memang mereka berhak tapi bukannya disebabkan prestasi. Ia perkara biasa untuk membina semula pasukan bagi tempoh beberapa hari, minggu dan bulan seterusnya,” kata Klopp

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya