JDT sebaris Barcelona, Manchester United - Utusan Malaysia

JDT sebaris Barcelona, Manchester United

TUNKU Ismail Sultan Ismail bersama Dr. Rashed Mustafa Sarwar dalam sidang akhbar hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta’zim (JDT) kini sebaris dengan pasukan bola sepak ternama dunia seperti Barcelona dan Manchester United apabila menjalin kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan antarabangsa, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Perjanjian bersejarah itu diumumkan Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu sidang akhbar yang turut dihadiri Wakil UNICEF Malaysia, Dr. Rashed Mustafa Sarwar di Stadium Sultan Ibrahim di sini hari ini.

Tunku Ismail berkata, perjanjian itu akan membolehkan JDT memperkukuh jenama mereka di peringkat antarabangsa melalui penglibatan dalam aktiviti kemanusiaan khususnya yang melibatkan kanak-kanak.

Antara aspek yang diberi tumpuan menerusi kerjasama ini adalah isu kesihatan fizikal dan mental, pendidikan, pemakanan dan keselamatan kanak-kanak.

“Ini jalinan kerjasama bersejarah kerana JDT kelab bola sepak pertama di Asia Tenggara yang bekerjasama dengan organisasi antarabangsa (UNICEF) ini.

“Kerjasama ini akan memberi manfaat bukan sahaja kepada penjenamaan JDT di peringkat antarabangsa, tetapi juga memberi manfaat kepada Johor sebagai sebuah negeri dan Malaysia secara amnya.

“Ini kerana UNICEF satu pertubuhan yang mempunyai rangkaian dengan lebih 200 negara antarabangsa,” kata Tunku Ismail.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya