Pengambilan pelatih jururawat 3,000 setahun

Pengambilan pelatih jururawat 3,000 setahun

DZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kapasiti pengambilan pelatih di Institut Latihan Kementerian Kesihatan (ILKKM) digandakan daripada 1,500 kepada 3,000 orang setahun, manakala kuota Program Peningkatan Secara Lantikan (PSL) dinaikkan daripada 800 kepada 1,000 orang setahun.

Ia antara enam langkah digariskan KKM bagi memenuhi kekosongan 14,000 jururawat di fasiliti awam seluruh negara.

Setakat Jun lalu, jumlah jururawat termasuk Jururawat Masyarakat di seluruh negara adalah seramai 120,667 orang, merangkumi sektor awam dan swasta.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, usaha itu dilaksana secara menyeluruh melibatkan pengambilan graduan kejururawatan secara berfasa melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Katanya, moratorium ke atas program kejururawatan swasta turut ditamatkan dan kini seramai 12 institusi telah memohon untuk menawarkan program diploma kejururawatan.

“Syarat kelayakan kemasukan juga dilonggarkan untuk tempoh dua tahun bermula Januari 2025 hingga Disember 2026, dengan hanya memerlukan minimum tiga kredit SPM, namun subjek Bahasa Melayu, Matematik dan Sains masih diwajibkan bagi menjamin kualiti graduan.

“Bagi sektor swasta pula, kerajaan telah membenarkan pengambilan jururawat terlatih warga asing (JTWA) sebagai langkah interim dengan syarat ketat termasuk kelulusan peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) dan tidak melebihi 40 peratus tenaga kerja tempatan,” katanya dalam ke­nyataan, semalam.

Sebelum ini, Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn. Bhd., Mohamad Azlan Jaafar menerusi Minda Pengarangnya membangkit pelbagai isu melibatkan KKM antaranya kekurangan jururawat, masalah pembatalan pemilihan penempatan 2,245 Pegawai Perubatan Gred UD10 dan

Garis Panduan Pengurusan Buli di Tempat Kerja Bagi Anggota KKM

Dalam pada itu, KKM menjelaskan bahawa Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP) tidak dapat dilaksanakan ketika ini disebabkan kekangan kekurangan petugas serta kekangan kewa­ngan semasa.

Namun, Dr. Dzulkefly me­ngarahkan Ketua Pengarah Kesihatan untuk terus memperjuangkan pelaksanaan elaun tersebut agar dapat dimanfaatkan oleh petugas kesihatan yang layak pada masa depan.

Bagi menangani isu buli di tempat kerja, KKM akan melancarkan Garis Panduan Pengurusan Buli secara rasmi Oktober ini sempena Bulan Kesihatan Mental Sedunia dan akan diedarkan ke semua fasiliti kesihatan.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan bahawa proses penempatan Pegawai Perubatan Gred UD10 melalui sistem e-Penempatan yang ditambah baik kini berjalan lancar selepas ditangguhkan Februari lalu.

“Sebanyak 2,248 pegawai perubatan telah berjaya membuat semakan penempatan pada 8 Julai lalu, manakala tempoh rayuan dibuka sehingga 14 Julai sebelum keputusan diumumkan pada 19 Ogos 2025.

“Sistem itu tidak mungkin memuaskan semua pihak, namun KKM komited melakukan penambahbaikan secara berterusan agar lebih telus dan adil kepada calon terlibat,” katanya.

Mengulas pencapaian separuh pertama tahun ini, Dr. Dzulkefly berkata, antara kejayaan utama adalah pemin­daan Akta Perubatan 1971 dan penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok 2024.

Katanya, KKM juga telah memulakan transformasi pembiayaan kesihatan menerusi pelaksanaan inisiatif RESET serta langkah pendigitalan sistem. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×