Devan bimbing Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Devan bimbing Negeri Sembilan

K. DEVAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Bekas pengendali Petaling Jaya City FC (PJ City FC), K. Devan, 59, dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan Liga Perdana, Negeri Sembilan FC (NSFC) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Tunku Besar Tampin merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS), Tunku Syed Razman Syed Idrus Al-Qadri berkata, pemilihan Devan itu setelah satu temuduga dijalankan oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif PBNS, semalam.

“Satu keputusan telah dicapai melalui kata sepakat untuk melantik K.Devan sebagai ketua jurulatih pasukan Liga Premier Negeri Sembilan bagi musim 2021,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi akaun Facebook PBNS hari ini.

Menurut Tunku Syed Razman, pengalaman serta pelbagai kejayaan yang telah diraih Devan selama ini diharap dapat membantu NSFC untuk layak ke Liga Super 2022.

“Seperti sedia maklum, Devan berumur 59 tahun, bekas pemain Negeri Sembilan dan jurulatih tempatan yang berpengalaman serta antara jurulatih mengumpul trofi kejuaraan paling banyak sepanjang karier sebagai ketua jurulatih.

“Anak kelahiran Bahau, Negeri Sembilan ini pernah mencapai pelbagai kejayaan dengan kelab-kelab yang pernah dibimbing dan saya yakin dengan pengalaman dan pencapaian beliau peroleh dapat membimbing pasukan Negeri Sembilan untuk layak ke saingan Liga Super 2022,” katanya.

Devan sebelum ini pernah melatih skuad Jang pada tahun 2004 hingga 2006 malah turut membawa pasukan tersebut menjuarai Liga Super pada 2006 serta final Piala Malaysia tahun yang sama.

Selain membimbing PJ City FC, Devan juga pernah mengendalikan pasukan Selangor pada 2009 sehingga 2011 dan Felda United pada tahun 2013.

Negeri Sembilan menghuni tangga kedua tercorot dalam saingan Liga Perdana musim lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya