Cavani mohon maaf - Utusan Malaysia

Cavani mohon maaf

EDINSON CAVANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Edinson Cavani memohon maaf atas imej yang dimuat naik ke media sosial bersifat menyinggung perasaan dan Manchester United menegaskan pemain Uruguay itu tidak memiliki sebarang niat buruk untuk disampaikan.

Cavani muncul wira United ketika menundukkan Southampton 3-2 Ahad lalu dengan melakukan bantuan jaringan buat Bruno Fernandes dan meledak dua gol walaupun dimasukan sebagai pemain gantian.

Selepas tamat perlawanan, Cavani meletakkan dirinya dalam situasi sukar menerusi perkataan yang dimuatnaik di Instagram sebelum memadamnya.

Dia menggunakan perkataan Sepanyol “negrito” (‘hitam’) yang boleh dianggap sensitif berunsur perkauman, walaupun dia hanya mengucapkan terima kasih kepada seorang rakan kerana memberi penghormatan kepadanya.

Persatuan Bolasepak England (FA) telah diberitahu dan mula meneliti perkara itu semalam, dengan penggantungan tidak terlepas tetapi Cavani telah memohon maaf selepas beberapa jam kemudian.

Pihak FA mengeluarkan garis panduan pra musim yang menekankan bahasa dan tingkah laku rasis dan diskriminasi, dengan kesalahan di media sosial yang membawa kepada hukuman minimum digantung tiga perlawanan.

“Mesej yang telah saya muat naik selepas perlawanan dimaksudkan sebagai ucapan kepada rakan mengucapkan terima kasih atas ucapan tahniah setelah tamat perlawanan.

“Saya benar-benar menentang perkauman dan menghapus mesej tersebut sebaik sahaja dijelaskan bahawa ia dapat ditafsirkan secara berbeza. Saya ingin meminta maaf dengan tulus atas perkara ini,” kata Cavani.

Dalam satu kenyataan kelab berkata sudah jelas apa yang ingin dinyatakan Cavani tidak membawa maksud buruk.

“Sudah jelas bagi kami bahawa sama sekali tidak ada niat jahat di sebalik mesej Edinson dan dia menghapusnya sebaik sahaja dia diberitahu bahawa ia boleh disalahertikan.

“Edinson telah meminta maaf atas kesalahan yang tidak disengajakan. Manchester United dan semua pemain kami komited sepenuhnya untuk memerangi perkauman,” jelasa kenyataan itu.

Sementara itu, Cavani berpeluang bertemu bekas kelabnya Paris Saint-Germain menjelang pertemuan Liga Juara-Juara Kumpulan H di Old Trafford awal pagi Khamis ini -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya