Uruguay tumbang, Cavani kena kad merah - Utusan Malaysia

Uruguay tumbang, Cavani kena kad merah

PENGADIL, Roberto Tobar melayangkan kad merah kepada Edinson Cavani (kiri) dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022 zon Amerika Selatan di Stadium Centenario, Montevideo hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONTEVIDEO, Uruguay: Jaringan babak pertama Arthur dan Richarlison membantu Brazil menundukkan Uruguay 2-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022 yang menyaksikan bintang penyerang Manchester United, Edinson Cavani dibuang padang, sebentar tadi.

Juara dunia lima kali, Brazil bernasib baik memperoleh dua gol awal pada separuh masa pertama di Montevideo selepas cubaan Uruguay untuk menghasilkan jaringan terkena palang dua kali pada setiap babak perlawanan.

Kemenangan itu menyaksikan Brazil kekal menerajui zon Amerika Selatan dengan mengumpul 12 mata selepas mengharungi empat perlawanan.

Uruguay pula mengutip enam mata daripada empat perlawanan.

Kemenangan itu juga melebarkan rekod kemenangan Brazil ke atas skuad The Celeste, yang gagal menewaskan musuh tradisi mereka itu sejak 2001.

Cavani dilayangkan kad merah 20 minit sebelum tamat permainan untuk melengkapkan malam serba tidak menjadi buat pasukan tuan rumah.

Pengadil dari Chile, Roberto Tobar pada mulanya melayangkan kad kuning kepada Cavani selepas memeluk kaki Richarlison.

Namun selepas melihat menerusi tayangan video bantuan pengadil (VAR), dia menukar fikiran dengan melayangkan kad merah, membuatkan Cavani sukar mempercayainya dan meninggalkan padang dengan kecewa. – AFP

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN