Shahrul nak ‘dampingi’ Kate Winslet - Utusan Malaysia

Shahrul nak ‘dampingi’ Kate Winslet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH

Mohamad Shahrul Nizam Ros Hasni antara ‘ubi muda’ Kelantan FC yang sedang meningkat dalam arena bola sepak negara ketika ini.
Anak kelahiran Kampung Pantai Baru, Bachok itu sering mendapat tempat dalam kesebelasan utama The Red Warriors bagi musim 2020.
Bekas pelatih Sekolah Sukan Bandar Penawar Johor Bharu itu adalah tonggak pertahanan skuad bawah 23 tahun negara.
Bersama wartawan YATIMIN ABDULLAH, ruangan Tanya Je… hari ini mengupas sisi menarik pemain jersi No.5 yang beraksi sebagai pertahanan tengah Kelantan.

 

1. Kalau bukan pemain bola sepak, anda mungkin?
Mengikut jejak langkah ayah menjadi nelayan. Lagi pun rumah saya dekat dengan pantai.

2. Destinasi percutian idaman?
Maldives kerana pantainya cantik dan menarik. Jika berpeluang saya mahu bercuti di hotel bawah air.

3. Kalau anda pelakon, siapa heroin pilihan?
Kate Winslet kerana lakonannya dalam filem Titanic menjadi dan dia petah ketika melontarkan dialog.

MINAT lakonan Kate Winslet dalam Titanic.

4. Watak super hero kegemaran?
Spiderman, sebab dia boleh bergerak pantas.

Spiderman

5. Kalau diberi pilihan, apa kuasa ajaib anda mahu miliki?
Ghaib. Saya hendak gunakan kuasa itu untuk menjaringkan gol sebab pemain pertahanan jarang berpeluang mencetak gol.

6. Hadiah paling mahal pernah diterima? Dari siapa?
Beg jenama Louis Vuitton (LV) dari buah hati tercinta Marisa Azwa.

7. Jika anda seorang guru, mahu ajar pelajaran apa?
Bahasa Inggeris kerana saya mampu menguasainya dengan baik hahaha.

8. Idola dalam sukan?
Sergio Ramos. Dia pemain pertahanan yang kental dan versatil.

9. Selain, Kelantan pasukan mana anda minat?
Sudah semestinya Real Madrid kerana ada Ramos.

Sergio Ramos

10. Perkara paling ‘gila’ pernah anda buat?
Berlari dalam air di kawasan pantai pada paras lutut sejauh enam kilometer dengan tujuan menguatkan keupayaan otot kaki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN