Safawi mampu menyinar - Utusan Malaysia

Safawi mampu menyinar

TAN Cheng Hoe percaya Safawi Rasid hanya menunggu masa untuk membuktikan kemampuan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Safawi Rasid mampu bersinar jika diturunkan bersama Portimomense SC suatu hari nanti memandangkan bintang Harimau Malaya itu dikelilingi ‘aura’ daripada pemain terbaik di kelab Portugal itu.

Pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe berkata, beliau yakin ‘rezeki’ pemain berusia 23 tahun itu akan tiba tepat pada waktunya memandangkan dia perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri dalam suasana baharu.

“Saya harap semua peminat perlu bersabar. Safawi seorang pemain yang terbaik di Malaysia waktu ini dan kita semua memang teruja nak tengok dia beraksi.

“Bagaimanapun bukan senang untuk mana-mana pemain dapat menyesuaikan diri dengan situasi tersebut dalam masa terdekat kerana berlainan budaya, pertandingan dan bahasa.

“Jadi Safawi perlu mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dalam situasi tersebut.

“Saya rasa Safawi akan menyinar jika diturunkan suatu hari nanti kerana dia berada dalam kumpulan hebat dan dikelilingi pemain-pemain terbaik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Kelmarin, peminat bola sepak Malaysia sekali lagi bertindak ‘menyerang’ Portimomense selepas tidak memberi peluang kepada Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia dua musim berturut-turut itu beraksi biarpun hanya menentang pasukan divisyen tiga, UD Leiria.

“Mungkin ramai yang kecewa sebab Safawi tidak dapat diturunkan bersama kelab, tetapi saya rasa semua jangan bimbang kerana dia sudah berada dalam kelab terbaik di liga Portugal dan kita tahu ia sebagai medan pendedahan terbaik untuknya.

“Dia berlatih dengan baik dan cukup dari segi fizikal dan mental. Saya rasa Safawi mesti dapat peluang terbaik untuk beraksi nanti,” tambah Cheng Hoe.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya