Pemain pilihan tepati ramalan - Utusan Malaysia

Pemain pilihan tepati ramalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemain pilihan menepati ramalan selepas melakar kemenangan dalam aksi pembukaan peringkat kumpulan playoff kejohanan badminton Cabaran Ranking Remaja Kebangsaan 2020 hari ini.

Saingan kumpulan A dan B perseorangan lelaki menyaksikan V. Poopathi dan Eogene Ewe Eon mengungguli dua kedudukan teratas selepas melakar kemenangan ke atas lawan masing masing.

Poopathi dipaksa bekerja keras sebelum menundukkan Dylan Ooi Ding Sheng 21-19, 22-20.

“Kemenangan hari ini amat bermakna untuk menaikkan semangat saya dan menaikkan tahap keyakinan serta mengukuhkan lagi corak permainan untuk perlawanan seterusnya.

“Walaupun bermain dengan baik saya agak gugup kerana di awal banyak melakukan kesilapan  tetapi berjaya mengawal dan mengurangkan kesilapan,” kata Poopathi.

V. Poopathi

Eogene kehilangan rentak di set pertama, namun bangkit pada dua set berikutnya untuk menundukkan Anson Cheong 18-21, 21-16, 21-11.

“Set pertama agak teruk dan banyak beri ruang mudah kepada lawan untuk mencari mata.

“Keadaan fizikal saya lebih baik berbanding pertandingan dua minggu lalu dan akan cuba tingkatkan lagi untuk perlawanan seterusnya,” kata Eogene.

Siti Nurshuhaini Azman dan Khor Jing Wen pula mengetuai cabaran bagi perseorangan perempuan kumpulan A dan B.

Khor Jing Wen bermula langkah kanan selepas menundukkan Loh Zhi Wei straight set 21-7, 22-20.

“Saya berikan apa yang telah dilakukan sepanjang sesi latihan di kejohanan ini dan ia nyata berkesan.

“Kemenangan ini memberikan tekanan tetapi saya akan tetap mencari kemenangan dalam setiap perlawanan dan mahu kekal dalam kumpulan A,” kata Jing We.

Siti Nurshuhaini tidak berdepan masalah  menundukkan Joanne Ng May Yin  dalam aksi pembukaan dengan kemenangan 21-11, 21-9.

“Permainan saya agak konsisten kerana berjaya baca cara permainan lawan dan dia tampak belum panas.

“Kemenangan pastinya berikan keyakinan untuk saya memburu kemenangan di perlawanan seterusnya,” kata Shuhaini.

Sementara itu, Ferdinan Ramno dan Low Han Cheng cemerlang selepas melakar kemenangan ke atas lawan masing masing dalam saingan kumpulan B dan  C perseorangan lelaki.

Ferdinan Ramno menang ke atas Lok Hong Quan 21-16, 24-22, sementara Low Han Chen dipaksa bertarung tiga set sebelum menundukkan Aaron Tai 15-21, 21-14, 21-7.

Kumpulan B dan C perseorangan perempuan pula menyaksikan kemenangan memihak kepada Carmen Ting yang menang ke atas Tan Shen Thing 17-21, 21-8, 21-10 sementara Oo Shan Zi menundukkan Chong Jie Yu 18-21, 21-11, 21-10.

Saingan playoff Cabaran Ranking Remaja Kebangsaan bermula dari 4-6 November di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.