NTS RW pasukan baharu Hafizh - Utusan Malaysia

NTS RW pasukan baharu Hafizh

HAFIZH Syahrin Abdullah (kiri) bersama Pengurus Pasukan NTS RW Racing GP, Jarno Janssen.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah akan terus bersaing dalam perlumbaan Moto2 pada Kejuaraan Motosikal Dunia musim depan selepas menandatangani kontrak bersama pasukan NTS RW Racing GP.

Berita gembira itu diumumkan oleh pasukan dari Belanda itu berkata, pihak NTS RW Racing GP dengan ini mengucapkan selamat datang kepada pelumba Malaysia berusia 26 tahun itu menyertai pasukan pada musim depan.

Bekas pelumba Motogp, Hafizh akan bergandingan bersama seorang lagi perlumba dari Belgium Barry Baltus yang berusia 16 tahun.

“Kami bangga dan gembira dapat menandatangani Hafizh. Dia bukan hanya pelumba yang berpengalaman dan berkebolehan tetapi seorang yang sangat baik.

“Kami akan menjadi kuat dan lebih baik dari minggu ke minggu. Tapi kami masih perlu membangunkan jentera terbaik.

“Dengan maklum balas daripada pelumba seperti Hafizh ianya sangat penting untuk proses kami membangunkan jentera lebih baik,” kata pengurus pasukan NTS RW Racing GP Jarno Janssen.

 

Hafizh Syahrin Abdullah

Sementara itu, Hafizh mengakui sangat gembira dapat terus beraksi dalam saingan Moto2 musim depan dan berjanji akan memberi yang terbaik untuk pasukan baharunya.

“Saya sangat bersyukur dapat terus beraksi dalam saingan Moto2 dan menyertai NTS RW Racing GP. Saya tahu untuk membina sebuah jentera baharu, ianya memerlukan usaha dan kerja keras.

“Tetapi saya percaya dengan projek itu. NST dan pasukan telah banyak meningkatkan prestasi jentera dalam masa terdekat ini, ia perlu dilakukan satu langkah ke satu langkah.

“Saya harap dengan pengalaman yang dimiliki dan maklumbalas yang akan saya berikan nanti, kami mampu meraih kejayaan lebih besar. Saya juga yakin kami mampu bekerjasama dengan baik.

“Musim ini…bukan yang terbaik untuk saya. Tetapi keyakinan yang diberikan NTS RW Racing GP membuat saya terharu dan sangat berterima kasih kepada pasukan itu,” katanya.

NST RW Racing GP akan memulakan musim baharu dengan melakukan sesi ujian tertutup di Jerez pada 26 dan 27 November ini.

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.