Maradona legenda 1001 personaliti - Utusan Malaysia

Maradona legenda 1001 personaliti

RIBUAN peminat mengiringi keranda Diego Armando Maradona yang dibawa dari istana presiden, Casa Rosada ke kawasan perkuburan di Buenos Aires hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEMPERSONA, luar biasa, genius dan penuh kontroversi.

Itu gambaran mengenai le­genda bola sepak Argentina, Diego Maradona yang menghembuskan nafas ter­akhir pada usia 60 tahun akibat serangan jantung semalam.

Hanya berketinggian 165 sentimeter, namun pakej yang dimiliki – bakat, bijak, pantas dan lincah membolehkannya menjadi pemain terbaik dunia dari awal 1970-an sehingga lewat 1990-an.

Sebagai pemain, dia menjadi ‘superstar’ buat semua pasukan yang diwakili, dari skuad Argentina hingga kelab Boca Juniors (Argentina), Napoli (Itali) dan Barcelona (Sepanyol).

Di Itali, Datuk Bandar Naples mahu Stadium San Paolo ditukar kepada Diego Maradona.

 

KEMATIAN Maradona menjadi tajuk utama akhbar Argentina.

Sepanjang kariernya, Maradona meledak 259 gol dalam 491 perlawanan, malah pernah memahat sejarah sebagai pemain termuda menyarung jersi Argentina pada usia 16 tahun 120 hari.

Biarpun disayangi di Argentina, Itali dan Sepanyol, namun Maradona mencetus kemarahan atas insiden ‘Tangan Tuhan’ yang menyingkirkan England tersingkir di Piala Dunia 1986.

Dia kemudian membawa Argentina menjuarai Piala Dunia.

Di sebalik karier yang gemilang, gaya hidup Maradona nyaris memusnahkan diri apabila terlibat ketagihan dadah, kumpulan penjenayah dan dikatakan kaki perempuan.

Setahun selepas Argentina kalah 0-1 kepada Jerman dalam final Piala Dunia 1990, Maradona positif dadah dan digantung 15 bulan.

SEORANG peminat meratapi kematian Maradona. – AFP

Selepas menamatkan penggantungan, dia me­nyarung jersi Argentina pada Piala Dunia 1994, namun ketika kejohanan baru separuh jalan dia ‘ditendang’ kerana positif dadah ephedrine.

Maradona juga pernah melepaskan tembakan menggunakan senapang angin terhadap sekumpulan wartawan di luar kediamannya di Buenos Aires.
Empat orang cedera dan Maradona didapati bersalah kerana melakukan serangan dengan senjata. Dia dikenakan hukuman penjara dua tahun 10 bulan namun ditangguhkan.

Biarpun pelbagai masalah ditimbulkan, Maradona tetap diangkat sebagai pengurus skuad kebangsaan Argentina pada 2008 tetapi dipecat tidak lama tidak lama selepas pasukan itu dimalukan 4-0 oleh Jerman pada Piala Dunia 2010.

KEADAAN majlis pengebumian Diego Maradona.

Hari ini, ribuan peminat mengiringi perjalanan terakhir Maradona yang selamat disemadikan  di kawasan perkuburan Bella Vista yang terletak di pinggir Buenos Aires. Hanya ahli keluarga dan kenalan terdekat dibenarkan menghadiri majlis tersebut.

Begitupun di sepanjang jalan, ribuan peminat mengiringi perjalanan terakhir bintang mereka di saat kerandanya dibawa ke kawasan perkuburan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya