LTdL 2021 batal, bertemu semula 2022 - Utusan Malaysia

LTdL 2021 batal, bertemu semula 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Teka-teki nasib Le Tour de Langkawi (LTdL) 2021 akhirnya terjawab apabila Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mengesahkan perlumbaan elit Asia itu dibatalkan penganjurannya dan akan dianjurkan semula pada 2022.

Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Wahab mengesahkan perkhabaran tersebut dan menjelaskan keputusan berkenaan dicapai sebulat suara pada mesyuarat khas semalam melibatkan pelbagai pihak khususnya Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Abu Samah menjelaskan, PKBM selaku pemegang hak penganjuran LTdL akan memberi penjelasan terperinci kepada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) dengan kadar segera bagi memudahkan
semua pasukan yang telah menerima jemputan untuk membuat tindakan susulan.

Abu Samah Wahab

“Saya ingin mengesahkan bahawa keputusan untuk membatalkan Le Tour de Langkawi 2021 telah dicapai secara bulat suara semalam. PKBM bersetuju dengan keputusan ini. Begitu juga KBS.

“Saya berpendapat inilah keputusan terbaik untuk semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abu Samah yang juga Naib Presiden Kehormat Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) menjelaskan keputusan
tersebut dicapai memandangkan masa sangat suntuk untuk semua pihak melakukan persiapan rapi rentetan pandemik Covid-19 2019 yang melanda dunia sejak awal tahun ini.

“Apatah lagi keputusan untuk membatalkan Sukma 2021 juga telah dibuat, jadi l lebih baik kalau keputusan untuk membatalkan Le Tour de Langkawi 2021 turut dilakukan. Saya harap keputusan ini baik untuk semua pihak,” katanya.

Beliau turut mendedahkan ada percubaan oleh pihak tertentu untuk menganjurkan LTdL 2021 pada September, namun ia berdepan jalan berliku termasuk kesukaran bagi mendapatkan tarikh
penganjuran daripada UCI.

“Secara kebetulan, Jelajah Malaysia 2021 juga akan diadakan pada September. Jadi agak sukar untuk mendapatkan tarikh sesuai Le Tour de Langkawi 2021.

“Apabila ini timbul, pengurus acara sukar untuk mendapatkan penyertaan pasukan elit dunia,” katanya.

Sebelum ini ramai pihak termasuk kelab benua terkenal negara ini dan Asia menyuarakan keresahan tentang penganjuran LTdL 2021. Ada yang mencadangkan ia ditunda demi kebaikan bersama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya