Ken Yon, Justin lakar kejutan - Utusan Malaysia

Ken Yon, Justin lakar kejutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hari pertama Cabaran Ranking Remaja Kebangsaan Akhir 2020 memperlihatkan kejutan berlaku.

Ong Ken Yon dan Justin Hoh cemerlang melakar dua kemenangan untuk menguasai carta perseorangan lelaki.

Ken Yon mengejutkan Lee Shun Yang 21-19, 21-16 pada sesi pagi, diikuti kemenangan ke atas Ter Chun Long juga 21-16, 21-13.

Ong Ken Yon

“Saya tidak fikir perkara lain selain menumpukan sepenuhnya terhadap permainan. Sudah tentu peluang ini saya akan manfaatkan dengan sebaiknya untuk  mencuri perhatian barisan kejurulatihan.

“Saya fikir pemain pemain senior akan lebih tertekan di pertandingan ini, justeru saya hanya tumpukan permainan sendiri,” kata Ken Yon

Justin turut cemerlang apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menundukkan Wyman Goh 13-21, 21-17, 21-17 sebelum menutup hari pertama dengan menewaskan Shun Yang 13-21, 21-16, 21-11.

“Hari ini lawan saya tiga tahun lebih tua. Ia bukan masalah kerana ketika di gelanggang saya hanya tumpu corak permainan sendiri .

“Walaupun baru berusia 16 tahun, saya mahu buktikan kepada jurulatih, saya mampu tewaskan pemain pemain senior.

“Bukan mudah untuk kalahkan mereka tetapi saya akan berikan yang terbaik sepanjang perlawanan,” kata Justin.

Saingan perseorangan perempuan pula diungguli pemain senior, Eoon Qi Xuan dan K. Letshaana yang memenangi perlawanan masing-masing.

K. Letshaana

Qi Xuan tidak berdepan masalah untuk menundukkan Tan Zhing Yi 21-10, 21-8 sementara Letshaana melakar kemenangan 21-18, 21-17 ke atas Myisha Mohd Khairul.

“Lawan saya hari ini adalah pemain remaja dan dia (Zhi Ying ) kurang dari segi kekuatan.

“Saingan kali ini saya mahu mengawal tekanan ke atas diri sendiri kerana jika saya gagal, ia akan menjejaskan rentak permainan saya,”kata Eoon Qi Xuan.

Aksi beregu lelaki diungguli gandingan Choong Hon Jian-Nur Firdaus Azman dan pasangan Lwi Sheng Hao-Yap Roy King yang berjaya melakar kemenangan dalam saingan pembukaan hari ini.

Choong Hon dan Nurfirdaus sukar untuk digugat beregu muda dalam pembikinan, Beh Chun Meng-Goh Boon Zhe namun dipaksa beraksi tiga set sebelum menang 16-21, 21-15, 21-16

Sheng Hao-Roy King juga bermain dalam tiga set sebelum melakar kemenangan pertama dengan menundukkan Muhd. Haikal-Wan Arif 21-17, 18-21, 21-18.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya