fbpx

21 Januari 2021, 4:24 am

  TERKINI

Kematian Maradona disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUENOS AIRES: Pihak pendakwa raya memulakan siasatan terhadap kematian legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona bagi memastikan sama ada ia melibatka kecuaian daripada segi perubatan.

“Timbul beberapa perkara mencurigakan,” kata anggota keluarga Maradona.

Peguam Maradona, Matias Morla sebelum ini meminta siasatan dilakukan terhadap dakwaan yang mengatakan ambulans mengambil masa lebih setengah jam untuk tiba ke rumah bintang bola sepak itu selepas menerima panggilan kecemasan pada hari kematiannya.

Peminat seluruh dunia meratapi kematian Diego Maradona.

Laporan autopsi awal mendapati Maradona meninggal dunia dalam tidur pada tengah hari Rabu akibat kegagalan paru-paru dan jantung.

Pejabat pendakwa raya di Buenos Aires turut membuka kertas siasatan bertajuk ‘Maradona, Diego. Penentuan punca kematian’.

“Siasatan dimulakan kerana dia adalah individu yang meninggal dunia di rumah dan tiada sesiapa yang menandatangani sijil kematiannya.

“Ia tidak bermaksud kami mengesyaki apa-apa atau ada sesuatu yang mencurigakan,” kata sumber kehakiman.

 

Legenda Argentina berusia 60 tahun itu menerima rawatan rapi di rumahnya di Tigre, Utara Buenos Aires di mana dia menjalani pembedahan untuk membuang darah beku di otaknya awal bulan ini.

“Anda perlu memastikan apakah mereka melakukan perkara yang sepatutnya atau sambil lewa.

“Jururawat membuat kenyataan pada hari kematian Diego, sebelum muncul di kaca televisyen mengatakan yang dia dipaksa berkata demikian.

“Jadi terdapat percanggahan dalam kenyataannya,” kata ahli keluarga Maradona. – AFP

POPULAR