PARIS: Harry Kane meledak gol ke-200 bersama Tottenham ketika membantu Spurs menundukkan Ludogorets 3-1 dalam Liga Europa pagi tadi.
Kane yang juga kapten England membuka jaringan pada minit ke-12 selepas menanduk sepakan sudut Lucas Moura, gol ke-200 dirinya dalam 300 penampilan untuk kelab.
Dia kemudian membuat umpanan untuk gol kedua yang disempurnakan Moura pada minit ke-32.
Claudiu Keseru merapatkan jurang buat wakil Bulgaria lima minit selepas rehat tetapi Giovani Lo Celso memastikan kemenangan Spurs.
Tottenham kini mendahului Kumpulan J dengan berkongsi enam mata bersama Royal Antwerp yang tewas 1-0 di tangan LASK. – AFP