Anak rindu suara ibu bapa baca al-Quran

Anak rindu suara ibu bapa baca al-Quran

SUHARA Mustaffa (dua dari kiri) menyampaikan bantuan Perkeso kepada Nur Nabilah Abdul Rahim (dua dari kanan) dan kakaknya, Nur Nadhirah di Kampung Pulau Kerengga, Marang, Terengganu. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Mendengar alunan suara bacaan al-Quran dan melihat ibu bapa bersiap-siap pada waktu pagi antara memori pa­ling dirindui bagi salah seorang anak kepada pasangan suami isteri yang lemas dalam tragedi bot terbalik di perairan Kuala Merchang, 31 Ogos lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Nur Nabilah Abdul Rahim, 23, yang merupakan anak ketiga pasangan Allahyarham Abdul Rahim Mustaffa, 47, dan Allahyarham Norhasriah Che Osman, 46, berkata, dia berasa semuanya bagaikan kosong selain rumah didiami sunyi sepi selepas kematian ibu bapanya.

Katanya, mereka enam beradik masih terkesan dengan pemergian mereka namun sedaya upaya belajar menerima kenyataan dan berdamai dengan takdir.

“Rasa sunyi dan sayu sangat bila teringat waktu pagi, biasa­nya Ma (ibu) sibuk di dapur sediakan juadah untuk bekalan ayah ke laut. Lepas Maghrib pula, dengar suara mengaji, sekarang tiada lagi.

“Adik bongsu, Nur Nazirah,15, paling terkesan dan masih lagi terkejut dengan segala yang berlaku. Dia juga masih sugul,” katanya ketika ditemui pemberita sewaktu Ziarah Prihatin Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Kampung Pulau Kerengga, di sini semalam.

Program itu diketuai Pengarah Perkeso Terengganu, Suhara Mustaffa dan turut dihadiri Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Marang, Musa Ismail.

Nur Nabilah berkata, dia yang merancang memohon bantuan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk meneruskan pengajian dalam bidang Sains Akuakultur di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada Oktober ini yang mana jika mendapat bantuan itu dapat meringankan perbelanjaan adik- adiknya.

Sementara itu, Suhara berkata, tiga anak kepada pasangan suami isteri yang meninggal dunia ketika keluar menangkap ikan di laut itu menerima Faedah Orang Tanggungan (FOT) sebanyak RM850 sebulan sehingga mencapai usia 21 tahun atau tamat pengajian ijazah pertama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN