JDT, Kedah berentap di final Piala Malaysia? - Utusan Malaysia

JDT, Kedah berentap di final Piala Malaysia?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Dua pasukan terbaik Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah menjadi pilihan jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim untuk membuat perhitungan dalam  final Piala Malaysia 22 November ini.

Bekas pengendali Terengganu FC itu berkata, JDT memiliki kelebihan selepas menerima undian mudah bertemu pasukan Liga Perdana sekurang-kurangnya sehingga  separuh akhir.

Katanya, Kedah pula berpeluang mengiringi JDT dengan aksi konsisten dalam Liga Super walaupun mungkin bertemu bekas pasukannya, Terengganu FC di separuh akhir.

“JDT pasti tidak berdepan masalah mengatasi Kuching FA dan Kuala Lumpur, malah tiket final bagaikan sudah berada dalam tangan kerana tiada pasukan dapat menyaingi juara Liga Super itu.

“Bagi Kedah, saya lihat laluan agak berliku tetapi mereka masih mampu melepasi cabaran pusingan pertama dan suku akhir,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Menurut Irfan Bakti, Kedah tetap pasukan pilihan jika bertemu Terengganu FC di separuh akhir dengan prestasi skuad Penyu yang meningkat musim ini, bagaimanapun segala kemungkinan boleh b e r l a k u berdasarkan format kalah mati.

Dalam pada itu, beliau menolak untuk kembali ke tepi padang bersama pasukan baharu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) 2021.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.