Dua sepakan penalti pastikan kemenangan Blues - Utusan Malaysia

Dua sepakan penalti pastikan kemenangan Blues

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Timo Werner menyempurnakan dua sepakan penalti untuk membantu Chelsea menundukkan Rennes 3-0 dalam aksi Liga Juara-Juara pagi ini.

Pertahanan Rennes, Dalbert bertanggungjawab menghadiahkan kedua-dua penalti, malah dia turut dibuang padang selepas penalti kedua pada minit ke-40.

Berdepan 10 pemain lawan dalam sebahagian besar perlawanan membolehkan Blues mencipta banyak peluang.

Tammy Abraham akhirnya meledak jaringan ketiga pada minit ke-50.

Skuad bimbingan Frank Lampard kini mendahului Kumpulan E dengan tujuh mata daripada tiga perlawanan.

Malah, Chelsea juga tidak kalah dalam tujuh perlawanan (semua pertandingan).  – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya