Cavani inspirasi kemenangan United - Utusan Malaysia

Cavani inspirasi kemenangan United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemain gantian, Edinson Cavani muncul wira Manchester United apabila meledak dua untuk membantu Red Devils menang 3-2 ke atas Southampton dalam aksi Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi.

United dipaksa bangkit daripada ketinggalan 0-2 sebelum menang menerusi dua jaringan Cavani, selain satu gol Bruno Fernandes.

Southampton mendahului 1-0 menerusi Jan Bednarek sebelum James Ward-Prowse menggandakan jaringan menerusi sepakan percuma.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer kembali merapatkan jaringan sebelum Cavani meledak gol kemenangan ketika masa kecederaan.

Bintang Uruguay itu yang dibawa masuk dari bangku simpanan selepas pasukannya ketinggalan 2-0, membantu United dengan mengumpan buat Fernandes bagi gol pertama sebelum meledak dua gol lewat menerusi tandukan.

United kini mendaki ke tangga ketujuh liga, dua mata daripada kelompok empat terbaik. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya