4 gergasi Eropah teruskan kemaraan - Utusan Malaysia

4 gergasi Eropah teruskan kemaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Juventus, Chelsea dan Sevilla  mencatat kemenangan saat akhir sebelum mara ke pusingan 16 akhir Liga Juara-Juara, manakala dua gol Martin Braithwaite membantu Barcelona membenam Dynamo Kiev 4-0 untuk turut mengesahkan tiket ke saingan kalah mati pagi tadi.

Keempat-empat pasukan melepasi peringkat kumpulan ketika saingan masih berbaki dua perlawanan.

Erling Braut Haaland, Neymar, Cristiano Ronaldo dan Bruno Fernandes menemui sasaran untuk pasukan masing-masing.

Hanya Lionel Messi direhatkan oleh Barcelona tetapi skuad bimbingan Ronald Koeman masih mampu mencatat kemenangan keempat dalam Kumpulan G.

Barcelona mudah membenam Dynamo Kiev 4-0 di Ukraine. – AFP

Juventus menyertai Barcelona dari Kumpulan G tetapi gergasi Itali itu terpaksa menanti tandukan pemain gantian, Alvaro Morata pada waktu kecederaan untuk menang 2-1 ke atas Ferencvaros di Turin.

Olivier Giroud (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan selepas membantu kemenangan Chelsea. – AFP

Chelsea mara dari Kumpulan E selepas menumpaskan Rennes 2-1 di Perancis, berterima kasih kepada pemain gantian, Olivier Giroud yang menanduk gol kemenangan pada waktu kecederaan.

Juara Liga Europa musim lalu, Sevilla tidak akan mempertahankan trofi mereka selepas mara ke kelompok 16 akhir kejohanan elit kelab Eropah itu selepas menang  2-1 ke atas Krasnodar di Rusia.

Sevilla tidak akan mempertahankan kejuaraan Liga Europa.

Sevilla dan Chelsea masing-masing berkongsi 10 mata. Blues akan ‘terbang’ ke Sepanyol minggu depan untuk menentukan juara kumpulan.

Sementara itu, Manchester United mengungguli Kumpulan H selepas Fernandes meledak dua gol untuk membantu Red Devils menumpaskan Istanbul Basaksehir 4-1. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya