Selamat tinggal Liga Malaysia - Utusan Malaysia

Selamat tinggal Liga Malaysia

FELDA United tidak akan terlibat dalam saingan Liga Malaysia musim depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini belumpun menutup tirai, namun Felda United sudah mempunyai kejutan buat peminat apabila mengesahkan menarik diri daripada kancah bola sepak tempatan.

Perkara itu diumumkan dalam satu kenyataan akhbar hari ini, yang turut memaklumkan bahawa pengambilalihan penuh pentadbiran dan pengurusan Kelab Bola Sepak Felda United (FUFC) dan anak syarikatnya, The Fighters Sdn. Bhd. bermula 1 September lalu seperti dipersetujui menerusi Mesyuarat Lembaga Felda.

Menurut kenyataan itu, penglibatan Felda United dalam perlawanan bola sepak adalah sehingga musim 2020 sahaja.

“Mulai tahun 2021, FUFC tidak akan lagi menyertai Liga Super Malaysia dan Liga Perdana Malaysia.

“Seramai 16 kakitangan FUFC akan dibayar pampasan penamatan perkhidmatan mengikut syarat-syarat pelantikan yang dipersetujui oleh pengurusan.

“Notis makluman serahan tugas diberikan pada 17 September lalu kepada kakitangan terbabit,” katanya di sini.

Sementara itu, Felda turut menjelaskan mengenai beberapa laporan media berkaitan kejadian pecah masuk ke premis pejabat FUFC.

“Berikutan itu, Felda  sudah membuat satu laporan polis bagi melindungi kepentingannya dan Felda tidak akan memberikan respons awam berkenaan isu ini bagi tidak mengganggu siasatan polis dan juga siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap FUFC.

“Susulan pengambilalihan ini, Akademi Bola Sepak Felda yang dikendalikan FUFC sebelum ini tetap akan diteruskan memandangkan akademi itu adalah platform pembentukan bakat dan modal insan dalam kalangan generasi baharu Felda,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya