Ronaldo langgar protokol Covid-19 - Utusan Malaysia

Ronaldo langgar protokol Covid-19

CRISTIANO RONALDO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Cristiano Ronaldo telah melanggar protokol Covid-19 Itali dengan terbang ke Portugal ketika Juventus berada dalam pengasingan, dan kembali ke Turin minggu ini selepas diuji positif, kata menteri sukan Itali Vincenzo Spadafora semalam.

“Saya rasa begitu, jika tiada sebarang kebenaran khusus daripada pihak berkuasa kesihatan,” kata Spadafora kepada Radio Uno ketika ditanya sama ada bintang 35 tahun itu melanggar peraturan Covid-19.

Ronaldo berisiko didenda selepas menyertai skuad kebangsaan Portugal minggu lalu ketika Juventus menjalani kuarantin selepas dua kakitangan mereka positif Covid-19.

Pemenang Ballon d’Or lima kali itu disahkan positif Isnin lalu sehari selepas Portugal seri tanpa jaringan dengan Perancis dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA di Paris, dan dia kembali ke Itali menaiki jet kelmarin.

Presiden Juventus, Andrea Agnelli semalam berkata, kelab itu menghormati protokol ditetapkan.

CRISTIANO Ronaldo (tidak kelihatan) menaiki jet perubatan ketika meninggalkan Portugal dari Tires Aerodrome, Oeiras untuk ke Itali kelmarin. – MEDIA SOSIAL

 

“Cristiano Ronaldo kembali ke Itali dengan penerbangan perubatan (jet ambulans) yang yang diiktiraf pihak berkuasa di atas permintaan pemain dan akan menyambung kuarantin di rumahnya,” kata Juventus dalam satu kenyataan semalam.

Seluruh pasukan Juventus kembali dikuarantin kelmarin selepas pemain tengah Amerika Syarikat (AS), Weston McKennie diuji positif.

Baik McKennie dan Ronaldo dikuarantin sekurang-kurangnya 10 hari dan mesti diuji negatif sebelum boleh kembali menyertai rakan sepasukan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya