fbpx

24 November 2020, 5:45 pm

  TERKINI

Ronaldo kembali perkuat Juventus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Selepas lebih dua minggu kehilangan khidmat Cristiano Ronaldo, Juventus kembali mendapat sentuhan bintang penyerang Portugal itu dalam aksi Serie A menentang Spezia, Ahad ini.

Ronaldo diketepikan ketika Juventus tumpas 0-2 kepada Barcelona dalam aksi Liga Juara-Juara kelmarin kerana masih menjalani proses kuarantin akibat positif Covid-19.

Itu adalah kekalahan pertama Juventus sejak diambil alih oleh Andrea Pirlo, malah mereka tidak memulakan kempen Serie A dengan baik dalam misi memburu gelaran liga ke-10 berturut-turut.

Juventus kini di tangga kelima liga domestik, empat mata di belakang AC Milan yang diterajui Zlatan Ibrahimovic.

Mereka akan bertemu kelab kerdil dari Liguria, Spezia yang menghuni tangga ke-14 liga.

“Keputusan yang kami raih tidak mencapai  piawaian. Kami perlu berusaha, bersatu dan memberi persembahan lebih baik.

“Kami kehilangan pemain penting, ia bukan alasan tetapi kenyataan. Kami akan kembali dengan lebih baik,” kata pemain pertahanan Juventus, Leonardo Bonucci. – AFP