Pogba kekal di Old Trafford sehingga 2022 - Utusan Malaysia

Pogba kekal di Old Trafford sehingga 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester United menawarkan pilihan lanjutan kontrak setahun lagi kepada Paul Pogba bagi membolehkan bintang tengah Perancis itu kekal di Old Trafford sehingga 2022.

Kontrak Pogba sepatutnya berakhir hujung musim ini dan timbul spekulasi dia mungkin meninggalkan United selepas mengaku masih berminat beraksi bersama Real Madrid.

Bagaimanapun , United sudah mengorak langkah untuk memastikan Pogba kekal sekurang-kurangnya sehingga hujung musim depan dengan mengambil kesempatan terhadap klausa sambungan kontrak pemenang Piala Dunia itu.

United belum mengumumkan lanjutan kontrak itu namun pengurus pasukan, Ole Gunnar Solskjaer memberitahu perkara itu dalam sidang akhbar.

“Paul ialah pemain kami, dia akan berada di sini untuk dua tahun lagi dan saya yakin dia akan fokus untuk melakukan yang terbaik dan kami mahu melihat yang terbaik daripadanya.

“Jadi dalam beberapa tahun akan datang saya yakin kita akan melihat aksi terbaik daripada Paul,” kata Solskjaer. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya