Perak ada 13 perlawanan untuk bangkit - Utusan Malaysia

Perak ada 13 perlawanan untuk bangkit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak Bison yakin peluang mempertahankan kejuaraan Liga Sepaktakraw (STL) 2020 masih ada biarpun tewas tiga daripada lima perlawanan yang diharungi setakat ini.

Pengurus Perak Bison, Mohd. Jafrey Mohd. Zainol optimis pasukan itu mampu bangkit dalam baki 13 perlawanan mereka musim ini.

“Peluang masih ada kerana baru bermain lima perlawanan. Cuma pemain perlu berusaha lebih gigih selepas ini,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Perak Bison memulakan kempen STL 2020 dengan baik apabila mengatasi Selangor Piston untuk merangkul Piala Sumbangsih dalam aksi pembukaan, 18 September lalu.

Seterusnya, Perak Bison merakam kemenangan kedua dengan mengatasi PDRM Defenders tetapi kecundang kepada Johor Tigris pada hari ketiga saingan.

Nasib juara bertahan itu bertambah buruk apabila kalah kepada Kuala Lumpur Thunder dan Penang Black Panthers pada saingan minggu kedua.

Mohd. Jafrey mengakui, Kuala Lumpur pasukan gagah pada ketika Perak Bison beraksi di bawah tahap sebenar ketika bertemu Panthers.

“KL Thunder memang pasukan handalan dengan kehadiran Syahir Rosdi dan Azlan Alias,” katanya.

Selain itu, katanya, ketiadaan Amirul Ramadhan juga menjejaskan prestasi pasukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya