'Iron Man' main sepaktakraw - Utusan Malaysia

‘Iron Man’ main sepaktakraw

GELAGAT sekumpulan anggota bomba bermain sepaktakraw dengan memakai pakaian hazmat menjadi tumpuan di media sosial. - FB WarisanTakraw.my
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Anda rasa barisan hadapan tiada masa untuk beriadah?

Gelagat sekumpulan anggota bomba bijak melepaskan tekanan dan bergurau senda bersama rakan seperjuangan ketika mengharungi jadual padat sebagai barisan hadapan menjadi tumpuan di media sosial.

Dengan mengenakan pakaian ‘hazmat level A’ untuk kalis bahan kimia, kesemua mereka melakukan cabaran dengan bermain sepaktakraw.

Gelagat mereka dirakam menerusi video berdurasi 13 saat dan dikongsikan di halaman Facebook WarisanTakraw.my hari ini.

“Tag rakan anda sekitar Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Sila dapatkan pakaian ini terlebih dahulu sebelum bermain,” demikian kapsyen video terbabit sebagai usikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya