MUKADIMAH
NAMANYA mungkin tidak sebesar Syahir Rosdi yang sudah lama menabur bakti bersama skuad sepaktakraw kebangsaan.
Bagaimanapun, kehadiran FAISAL FUAD mula memberi impak kepada sukan tradisional Malaysia itu.
Penampilan bersama Johor Tigris dalam Liga Sepaktakraw (STL) mula diperkatakan kerana dia mampu memberi sumbangan besar kepada pasukan meskipun kurang berpengalaman berbanding pemain-pemain lain.
Pada usia 19 tahun, Faisal yang berasal dari Pulau Pinang antara produk terbaik yang berjaya dilahirkan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI).
Bersama wartawan NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR, ruangan Tanya Je mengupas secara santai sisi menarik pemain muda berbakat besar itu.

1. Seandainya diberi peluang untuk memelihara haiwan eksotik, haiwan apa yang ingin dibela?
Kalau boleh saya ingin bela beruang!
2. Kalau jadi superhero, siapakah kamu?
Superman sebab semua kuasa dia ada.
3. Tempat percutian yang paling diimpikan?
Saya nak ke Lofoten Island di Norway dan Poland.

4. Seandainya menjadi penyanyi, dengan siapa awak ingin beduet?
Ramli Sarip.
5. Jika diberi pilihan untuk menyertai sukan lain, acara apa nak disertai?
Muay thai atau memanah
6. Antara Cristiano Ronaldo, Lionel Messi pilih siapa?
Cristiano Ronaldo.

7. Serangga apa yang paling ditakuti?
Lebah.

8. Pelakon kegemaran anda?
Sebenarnya tiada… tapi P. Ramlee
9. Idola dalam dunia sukan?
Muhammad Ali tapi dia dah tiada, yang masih hidup Cristiano Ronaldo.
10. Filem kegemaran anda?
Saya suka filem aksi The Creed dengan filem fantasi Lord Of The Ring dan Pirates Of The Caribbean.










