fbpx

4 Disember 2020, 1:22 pm

  TERKINI

Hafizh sudah ada pasukan baharu

Hafizh Syahrin Abdullah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sekalung tahniah buat pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah apabila disahkan dapat meneruskan persaingan dalam Kejuaraan Motosikal Dunia bagi tahun depan.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh pengurus pelumba tersebut, Razmin Masli Abdul Razak dalam satu hebahan kepada media hari ini.

Katanya, perbincangan melibatkan pelumba berusia 26 tahun itu bersama pasukan baharu telah menemui jalan penyelesaian.

“Hafizh akan kekal di Kejuaraan Motosikal Dunia dalam kelas Moto2. Pasukan untuk musim 2021 berpangkalan di Eropah. Insya-Allah, pengumuman akan dibuat dalam sedikit masa lagi.

“Saya berharap dengan selesainya perbincangan untuk 2021, Hafizh akan lebih bersemangat dan dapat memberikan tumpuan sepenuhnya untuk melakukan yang terbaik dalam baki tiga pusingan musim ini,” katanya.

Ditanya adakah pasukan yang bakal disertai Hafizh kali ini lebih kompetitif dan mampu mengembalikan semula reputasi pelumba negara itu, Razmin lebih bersikap terbuka.

“Semua pasukan Moto2 sekarang sangat kompetitif dan dapat dilihat dengan perbezaan masa yang begitu hampir. Perancangan antara pasukan dan pelumba sangat penting.

“Dengan proses pembangunan dan sokongan yang baik, Insya-Allah Hafizh akan memberikan yang terbaik.

“Saya berharap dengan selesainya perbincangan untuk 2021, Hafizh akan lebih bersemangat dan dapat memberikan tumpuan sepenuhnya untuk melakukan yang terbaik pada baki tiga pusingan perlumbaan musim ini,” katanya.

BERITA BERKAITAN