Tunku Mahkota Ismail minta KKM atasi kekurangan petugas kesihatan di Johor

Tunku Mahkota Ismail minta KKM atasi kekurangan petugas kesihatan di Johor

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail .
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menitahkan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya menyelesaikan isu kekurangan petugas kesihatan di tiga hospital awam utama di negeri ini.

Baginda bertitah, tindakan segera perlu diambil bagi memastikan perkhidmatan kesihatan awam yang disediakan kepada rakyat berada pada tahap terbaik dan memenuhi keperluan semasa.

“Saya juga menyeru Kerajaan Persekutuan menyegerakan proses kelulusan dan pengisian jawatan dan isu kesesakan di hospital di negeri ini seperti Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Sultan Ismail (HSI), Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim dan lain-lain

“Perkhidmatan kesihatan bukan satu kemewahan, ia adalah hak asas yang sepatutnya dapat dinikmati oleh setiap rakyat, tanpa perlu menunggu lama dan tanpa perlu rasa terabai,” titah baginda dalam kenyataan di sini, hari ini.

Baginda turut bertitah supaya syarikat yang membuat pelaburan di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) agar menawarkan gaji minimum RM4,000 kepada graduan lepasan universiti.

“Ini bagi menjamin kesejahteraan tenaga kerja serta menarik bakat bernilai tinggi. Syarikat sedia ada juga digalak untuk meneliti semula struktur gaji dan mempertimbangkan kenaikan gaji minimum buat pekerja tempatan mereka.

“Saya turut menggesa Kerajaan Persekutuan agar satu dasar atau hala tuju jelas dapat disediakan bagi memastikan isu ‘brain drain’ di Johor dapat diatasi,” titah baginda

Tunku Mahkota Ismail bertitah, baginda akan terus bersuara agar kesejahteraan rakyat tidak tenggelam dalam hiruk-pikuk pentadbiran dan prosedur.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN