fbpx

‘Gol saya biasa-biasa’

LUQMAN HAKIM SHAMSUDIN

KUALA LUMPUR: Luqman Hakim Shamsudin meledak gol rasmi pertamanya di Belgium apabila muncul wira skuad Bawah 21 tahun (B-21) KV Kortrijk dengan meledak gol tunggal perlawanan untuk membantu pasukan itu melakar kemenangan 1-0 ke atas KFCO Beerschot Wilrijk dalam Kumpulan 2 Liga Belgium B-21 semalam.

Gol kemenangan itu hadir  menerusi tandukan pada minit ke-83 sekali gus membantu Kortrijk mencatat kemenangan keempat.

KV Kortrijk kini berada di kedudukan keempat liga tersebut dengan mengumpul 14 mata hasil empat kemenangan daripada enam perlawanan.

Luqman,18, mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kejayaannya di sana dan berharap terus mendapat sokongan padu bagi mengembangkan kariernya di Eropah.

“Alhamdulillah terima kasih Ya Allah , walaupun gol biasa-biasa… berkat doa anda semua.

“Ini gol pertama untuk aksi sebenar tahun ini. Merah sentiasa di hati,” tulisnya dalam akaun Twitter @luqmansham10.

Pemain kelahiran Kelantan itu berlepas ke Belgium pada Ogos lalu dengan menandatangani kontrak selama lima tahun bersama KV Kortrijk yang dimiliki taikun perniagaan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN