Felda, UKM FC masih 'sangkut' - Utusan Malaysia

Felda, UKM FC masih ‘sangkut’

MOHD. FIRDAUS MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Felda United dan UKM FC masih belum melengkapkan dokumen untuk proses penswastaan walaupun tarikh akhir untuk setiap pasukan berbuat demikian berakhir tengah malam tadi. 

Pengerusi Jawatankuasa Khas Bola Sepak Profesional Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Mohd. Firdaus Mohamed berkata, FAM masih meneliti beberapa dokumen daripada kedua-dua pasukan tersebut dan akan memberi keputusan dalam masa terdekat.

“Mereka sudah beri dokumen dan kita masih menilai pasukan iaitu UKM dan Felda United. Kami akan beri keputusan dalam masa terdekat dan selepas itu diberitahu sama ada mereka lepas ataupun tidak di dalam pesnawastaan ini.

“Saya rasa Felda United mereka perlu mendapat kelulusan daripada Ahli Lembaga Pengarah Felda, bukan lembaga pengarah Kelab Sukan Felda, sebab mereka gunakan nama Felda, UKM sama juga jadi kita sedang meneliti,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Kewangan dan Majlis Pengumuman Kelab Bolasepak Negeri Sembilan (NSFC) di sini semalam.

Hadir sama, Tunku Besar Tampin merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS), Tunku Syed Razman Syed Idrus Al-Qadri dan Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Penasihat PBNS, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Sementara itu, menurut Mohd. Firdaus, setakat ini sebanyak 19 pasukan telah melengkapkan proses penswastaan mereka daripada 21 pasukan Liga Malaysia yang bertanding bagi tahun 2020.

“Hari ini adalah tempoh terkahir pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia, kami beri tempoh sehingga 12 tengah malam ini, buat masa ini 19 pasukan telah melengkapkan penswastaan dengan berjayanya.

“Ada baki dua pasukan, walaupun telah mengemukakan dokumen tetapi ada lagi beberapa dokumen yang perlu dianalisa sebelum kita buat keputusan. Kegagalan pasukan tersebut untuk menswastakan pasukan (menyebabkan) mereka akan terjerumus ke liga ketiga (M3),” katanya lagi.

Sementara itu, katanya, beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan Negeri Sembilan yang menjadi antara pasukan terawal yang dapat melengkapkan dokumen dalam urusan proses penswastaan melibatkan pemisahan kelab daripada persatuan bolasepak (FA) kepada kelab bola sepak (FC).

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.