Dua gergasi Manchester ke suku akhir - Utusan Malaysia

Dua gergasi Manchester ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jaringan pertama Ferran Torres bersama Manchester City membantu juara bertahan itu mara ke suku akhir Piala Liga selepas menundukkan Burnley 3-0 awal pagi tadi.

Mengikuti kemaraan City adalah pasukan jiran mereka, Manchester United yang turut menang selesa 3-0 ke atas Brighton di tempat lawan.

Kemenangan menaikkan kembali keyakinan City yang masih dibayangi kekalahan terbesar dalam Liga Perdana di tempat sendiri apabila dimalukan Leicester 2-5, Ahad lalu.

Dua gol Raheem Sterling di Turf Moor, selain jaringan Torres menyempurnakan kebangkitan The Citizens.

“Paling penting, kami tidak dibolosi dan beraksi baik secara keseluruhan.

“Tapi kami masih jauh daripada keupayaan sebenar kerana tidak berlatih secukupnya. Ramai pemain tidak beraksi, enam dijangkiti Covid-19 dan empat cedera,” kata pengurus City, Pep Guardiola.

 

SCOTT McTominay meraikan jaringannya di Stadium Amex.

 

Di Stadium Amex, United menambah duka Brighton empat hari selepas menewaskan pasukan itu 3-2 dalam aksi dramatik Liga Perdana.

Skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer memerlukan sepakan penalti Bruno Fernandes minit ke-100 ketika menumpaskan Brighton minggu lalu.

Bagaimanapun kali ini, tiada lagi drama, malah Red Devils membuat 10 pertukaran dan Brighton sembilan dengan pelawat jauh lebih berbahaya.

United yang kali terakhir menang Piala Liga pada 2017 mendahului pada minit ke-44 apabila Scott McTominay menanduk sepakan percuma Juan Mata.

United menggandakan kedudukan pada  minit ke-73 menerusi Mata selepas dia menyudahkan hantaran Donny Van De Beek untuk jaringan ke-50 bersama kelab.

Paul Pogba yang masuk sebagai pemain gantian meledak gol ketiga hasil sepakan percuma yang terlebih dulu terkena pemain Brighton, Joel Veltman.

Dalam perlawanan lain, Dominic Calvert-Lewin meledak hatrik ketika Everton membelasah West Ham 4-1 tetapi kemenangan itu dibayangi kecederaan dua bintang Brazil, Richarlison dan Allan.

Newcastle pula cemas sebelum mara ke suku akhir apabila menewaskan kelab liga empat, Newport menerusi penentuan penalti 5-4 selepas terikat 1-1 dalam aksi sebenar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.